Menyebut nama pesohor seni Indonesia, Bunga Citra Lestari ia seperti tidak boleh
dipisahkan dengan karya-karya bernuansa cinta. Maka tidak hairan apabila
penganjuran konsert terkini Bunga Citra Lestari atau BCL diinspirasi daripada
pelbagai ‘aroma’ cinta yang begitu dekat dengan penghibur ini.
Dibawakan oleh Pulse Project Asia, BCL: Eternal Love - Timeless Romance akan
memberi pengalaman baharu buat para peminat menonton persembahan terkini
penyandang gelaran penghibur, aktres, juri profesional dan penggiat seni yang
digemari Nusantara.
Akan dipenuhi dengan aroma cinta tentu sahaja daripada untaian lagu BCL seperti
Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah
sehingga single terkini, Memulai Kembali, konsert ini akan membawa peminat
menyusuri perjalanan panjang beliau dalam belantika hiburan.
BCL: Eternal Love - Timeless Romance akan diadakan pada 27 September 2025 di
Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Walaupun Pulse Project merupakan syarikat baharu dalam penganjuran acara,
pasukan di sebaliknya terdiri daripada individu-individu berpengalaman luas dalam
menganjurkan persembahan muzik berskala besar. Mereka melahirkan rasa teruja
dengan penganjuran BCL: Eternal Love - Timeless Romance yang disifatkan bakal
memberi pengalaman hiburan yang eksklusif buat semua.
“Pulse Project Asia dengan penuh rasa cinta membawa BCL: Eternal Love -
Timeless Romance pada 27 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur
Convention Centre (KLCC) sebagai sebuah hadiah buat para peminat penyanyi
hebat ini menikmati konsert beliau dalam suasana berbeza daripada penganjuran
konsert-konsert BCL sebelum ini.
“Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati
melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim.
Semuanya akan dipersembahkan dengan tata cahaya bersama produksi bertaraf
dunia,” ujar Muhammad Anuar Zaini dari Pulse Project Asia.
Menurut Anuar lagi, penganjuran BCL: Eternal Love - Timeless Romance
umpama membawa penyanyi kesayangan ramai itu pulang ke rumah keduanya
yang sentiasa menyambut hangat kehadiran beliau
“BCL bukan seorang penghibur yang asing dengan peminat apalagi bumi
Malaysia. Beliau selalu disambut hangat oleh peminat di sini. Kedatangan BCL ke
ibu kota akan terus membuat ‘aroma-aroma’ cinta yang dibawa menerusi karya-
karyanya terus subur,” kata Anuar lagi.
Sementara buat BCL, penganjuran BCL: Eternal Love - Timeless Romance
disifatkan sebagai sebuah konsert yang dinantikan buat beliau berbagi ‘kasih
sayang’ dalam suasana intim bersama peminat di Malaysia yang tidak pernah lelah
dan sentiasa menyokong karier seni sejak lebih sedekad lalu.
Bersedia untuk pengalaman luar biasa yang tak boleh dilepaskan! Pulse Project
Asia dengan bangga mengumumkan bahawa tiket untuk konsert BCL: Eternal
Love – Timeless Romance kini boleh didapati secara eksklusif di Ticket2U.
“Early Bird Alert!” Beberapa tempat duduk terpilih akan dibuka pada harga
istimewa Early Bird semasa pelancaran rasmi di Ticket2U. Kuota amat terhad –
harga akan kembali ke harga asal usai kuota sudah dipenuhi. Harga pre-sale pula
dibuka pada RM259.
Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal! Pembelian
tiket pada hari pelancaran iaitu 06.06.2025 (jam 3 petang) untuk menikmati
diskaun 10% sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia.
Menariknya, untuk memberikan pengalaman yang benar-benar luar biasa buat para
peminat, Pulse Project Asia bersama rakan-rakan strategik tampil dengan tawaran
eksklusif yang tidak boleh dilepaskan! Hanya 300 pembeli tiket terawal konsert
BCL: Eternal Love – Timeless Romance berpeluang menikmati Pas
Soundcheck Eksklusif — saksikan sesi latihan BCL secara langsung, di depan
mata, sebelum konsert bermula!
Lebih istimewa, pemegang tiket pakej Cinta Abadi (kategori eksklusif
menggantikan VVIP) akan diberi layanan penuh istimewa: sesi Meet & Greet
peribadi bersama BCL, sesi bergambar kenangan, serta barangan eksklusif yang
ditandatangani sendiri oleh BCL – hanya untuk anda yang setia menyokong!
Pemegang tiket pakej Cinta Abadi (kategori tiket eksklusif menggantikan VVIP)
akan menikmati sesi Meet & Greet peribadi bersama BCL, termasuk sesi
bergambar dan barangan eksklusif (goodie bag) yang ditandatangani secara
peribadi oleh BCL.
Untuk pembelian tiket dengan beberapa kategori bermula RM288 (harga normal)
boleh dibuat secara atas talian melalui Ticket2u, platform rasmi penjualan tiket
bagi acara ini.
Seperti ikrar Pulse Project Asia, BCL: Eternal Love - Timeless Romance akan
menjadi sebuah konsert luar biasa yang dinanti dengan penuh teruja oleh peminat.
BCL: Eternal Love - Timeless Romance yang berlangsung pada 27 September
2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ini bakal menjadi
satu konsert spektakuler pada tahun ini.
Peringatan penting: Elakkan membeli tiket daripada pihak ketiga atau penjual
tidak sah. Untuk jaminan tempat duduk sah & akses ke pengalaman eksklusif, beli
hanya di Ticket2U.
Jangan tunggu! Tempah tiket anda hari ini dan jadi sebahagian daripada malam
cinta yang takkan dilupakan bersama BCL.
Nota: Pas Soundcheck akan dihantar melalui e-mel kepada peminat yang layak
dalam durasi sebulan sebelum konsert.
INFORMASI
Artis: Bunga Citra Lestari
Acara: BCL: Eternal Love - Timeless Romance
Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Tarikh: 27 September 2025
Waktu: 8.30 malam
Penganjur: Pulse Project Asia
Harga Tiket: Bermula dari RM288 (harga normal), RM259 (harga pre-sale)
Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my bermula 6 Jun 2025, pukul 3 petang
Untuk tajaan dan partnership, boleh emel ke : assist@pulseproject.asi