1 min read
"Gunung Kinabalu" Lagu Patriotik Pertama Azharina
Sebuah Tribute untuk Sabah dan Arwah Datuk Haji M.Y.
Ismail

Bersempena sambutan Hari Malaysia, penyanyi

tersohor dan anak jati Sabah, Azharina Azhar, bakal melancarkan lagu patriotik

pertamanya berjudul "Gunung Kinabalu", hasil duet istimewa bersama sepupunya yang

juga merupakan penyanyi, Daniesh Suffian.

Lagu ini dihasilkan sebagai penghormatan kepada negeri Sabah serta mengenang jasa

dan legasi arwah Datuk Haji M.Y. Ismail, tokoh keluarga yang amat disanjungi oleh

kedua-dua artis ini.

"Gunung Kinabalu" merupakan adaptasi daripada sebuah lagu lama yang pernah

dinyanyikan oleh Surianah Mansah, ibu kepada Daniesh dan artis pop terkenal Sabah

pada era 1990-an.

Lagu ini telah diolah semula oleh Azharina dan Daniesh dengan sentuhan baharu yang

lebih segar, dari segi susunan muzik serta lirik yang disesuaikan dengan semangat

cintakan negeri dan tanah air.

Hasilnya adalah sebuah karya kontemporari yang memancarkan jati diri rakyat Sabah

sambil mengekalkan nilai warisan budaya tempatan.

Azharina menyatakan rasa syukur dan bangganya kerana dapat terlibat dalam projek

ini. Baginya, ini bukan sekadar pencapaian profesional tetapi juga satu kenangan

peribadi yang sangat mendalam.

"Ini adalah lagu patriotik pertama saya dan saya amat bersyukur kerana dapat

menyanyikannya sebagai anak Sabah.”

“Lebih membahagiakan, saya dapat bekerjasama dengan sepupu saya sendiri,

Daniesh. Kami sangat rapat, jadi projek ini terasa sangat istimewa.”

“Saya harap akan ada lebih banyak kolaborasi seperti ini pada masa hadapan kerana ia

mengangkat warisan keluarga dan tanah kelahiran kami," katanya.

Daniesh turut berkongsi pengalaman bekerja dengan Azharina sebagai sesuatu yang

sangat bermakna dalam perjalanan seninya.

Bagi Daniesh, berkolaborasi dengan Azharina bukan sekadar peluang profesional,

tetapi satu momen keluarga yang penuh emosi dan kenangan.

"Projek ini memberi saya peluang baharu dalam karier. Bekerjasama dengan Kak

Azharina, yang juga sepupu saya sendiri, membawa rasa istimewa.”

“Kami dapat merasakan chemistry yang kuat sepanjang proses rakaman. Kami juga

menerima banyak maklum balas positif daripada peminat sejak beberapa cover lagu

kami dimuat naik di TikTok dan media sosial lain.”

“Ramai yang menyokong dan meminta kami teruskan kerjasama ini," jelas Daniesh.

Tambah Azharina, Gunung Kinabalu dipilih sebagai tajuk dan tema utama lagu ini

kerana ia merupakan simbol kekuatan, ketabahan dan kebanggaan rakyat Sabah.

Gunung ini bukan sekadar ikon geografi, tetapi lambang jati diri dan semangat rakyat

negeri di bawah bayu.

Lagu "Gunung Kinabalu" akan dilancarkan secara rasmi pada 3 September 2025,

bersempena sambutan Hari Malaysia. Ia boleh distrim di semua platform digital utama

termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Video muzik rasmi turut akan dilancarkan serentak dan dijangka menjadi antara

tontonan utama sempena Hari Malaysia tahun ini