Penyanyi berbakat besar, Syamel, kembali mengangkat
kekuatan vokalnya menerusi sebuah lagu balada terbaharu berjudul Berakhir Kita, ciptaan
Shazriq Azeman dan Omar K, yang turut bertindak selaku penerbit lagu ini. Berakhir Kita juga
adalah lagu usaha antara Universal Music Malaysia, Maison Management and Global Keynote
Sdn. Bhd.
Mengangkat tema cinta yang tidak kesampaian, Berakhir Kita adalah sebuah balada emosi
yang merungkai perasaan pilu apabila sebuah hubungan terhenti sebelum sempat bermula.
Lagu ini menggambarkan peritnya melihat harapan cinta yang sepatutnya menjadi milik kita,
musnah di depan mata mewakili suara mereka yang pernah mengalami kekecewaan dalam
cinta yang tidak berpenghujung.
Menurut Syamel, kolaborasi bersama Omar K dan Shazriq merupakan satu pengalaman yang
cukup menyenangkan.
“Mereka sentiasa memberikan tenaga yang positif dan kebebasan untuk saya mengolah lagu
ini mengikut keselesaan nyanyian saya. Itu membuatkan proses rakaman menjadi lebih
selesa dan bermakna,” jelas Syamel.
Lagu ini turut dilengkapi dengan sebuah paparan visual yang akan disatukan bersama sebuah
drama bersiri yang bakal ditayangkan. Bagi Syamel, elemen visual tersebut mampu
memperkukuh emosi dan jalan cerita lagu ini.
“Hayatilah lirik dan melodi lagu ini yang, bagi saya, cukup sedih dan menyayat hati. Ditambah
pula dengan babak-babak dalam drama tersebut, saya percaya ia akan memberikan impak
yang lebih mendalam kepada para pendengar,” tambahnya.
Proses penghasilan Berakhir Kita turut mendapat sokongan padu daripada semua pihak yang
terlibat. Gabungan usaha serta komitmen pasukan produksi menjadikan lagu ini lahir dengan
penuh jiwa dan keikhlasan.
“Ramai individu telah memainkan peranan dalam menjayakan lagu ini. Semua bergerak
seiring dan memberikan kerjasama yang amat positif sepanjang proses penghasilan,” kata
Syamel.
Syamel turut berharap agar Berakhir Kita mampu menyentuh hati para pendengar dan menjadi lagu yang dekat dengan kehidupan serta pengalaman peribadi mereka. "Saya berharap lagu ini akan melekat di hati pendengar, dan mereka dapat mengaitkannya dengan kisah hidup mereka sendiri." uiarnva.
Berakhir Kita kini boleh distrim di semua platform penstriman digital ada 6 Ogos 2025.