1 min read
Le Méridien Petaling Jaya & Universal Music Malaysia Mempersembahkan Nostalgia:
Malam Makan Malam & Konsert Eksklusif Tahun Baru Bersama Ernie Zakri & Syamel

 Le Méridien Petaling Jaya dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Universal Music Malaysia bagi membawakan

'Nostalgia' iaitu sebuah pengalaman makan malam dan konsert eksklusif sempena sambutan malam Tahun Baru yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2025 di Grand Ballroom hotel tersebut.

Malam penuh elegan ini akan diserikan oleh pasangan duet tersohor, Ernie Zakri dan Syamel, menerusi persembahan selama tiga jam menerusi rangkaian lagu-lagu hit dan klasik yang membangkitkan emosi serta kenangan.

Lebih istimewa, DJ Fuzz akan menghidupkan suasana menjelang detik 12 malam dengan set muzik yang penuh bertenaga untuk menyambut kehadiran tahun baharu 2026.

Ernie, 33, atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, 'Nostalgia' bukan sekadar makan malam, malah menjanjikan persembahan penuh eksklusif.

"Saya amat menantikan peluang untuk bersama peminat dalam suasana yang begitu eksklusif dan peribadi. 'Nostalgia' ini bukan sekadar konsert, ia adalah malam yang membolehkan saya berkongsi kenangan, emosi dan suara hati saya secara langsung kepada semua tetamu yang

"Persembahan pada acara ini diharap dapat meninggalkan momen yang akan dikenang sampai bila-bila. Semoga yang hadir dapat merasai apa yang saya rasakan dan membawa pulang memori indah," katanya.

Bagi Syamel, 32, atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, dia tidak sabar untuk memberikan persembahan hebat pada malam 'Nostalgia' itu.

"Sebagai seorang penghibur, tiada yang lebih bermakna daripada mengakhiri tahun dengan mereka yang menghargai muzik saya. 'Nostalgia' adalah pentas untuk saya merakamkan rasa syukur, dan saya janji akan berikan yang terbaik malam itu," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Le Méridien Petaling Jaya Christopher Moore berkata,

'Nostalgia' bukan sekadar sambutan tahun baharu, ia adalah penghormatan kepada muzik sepanjang zaman, momen bermakna dan hospitaliti bertaraf dunia.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dalam mencipta pengalaman eksklusif yang mengangkat semangat perpaduan dan kegembiraan menyambut permulaan baharu.


leh pasukan kulinari Le Méridien Petaling Jaya, menambah sentuhan rasa pada malam penut magis yang menggabungkan muzik, makanan dan memori.

Pakej Meja & Harga

Terdapat empat (4) kategori meja ditawarkan;

Platinum - RM13,999

Termasuk lokasi utama (depan pentas), sesi Meet & Greet, lounge VIP, hadiah eksklusif, minuman sparkling juice tanpa had dan penginapan diskaun 50%.

Diamond - RM10,888

Lokasi berhampiran pentas, sesi foto berkumpulan, set hadiah VIP, servis mocktail dan

diskaun 30% penginapan.

Gold - RM8,000

Termasuk minuman alu-aluan, beg hadiah standard dan diskaun 20% penginapan.

Silver - RM6,000

Diskaun 20% penginapan.

Tempat duduk individu juga ditawarkan untuk kategori Silver dan Gold.

Tawaran Awal atau 'Early Bird Exclusive' (Bermula 1 Ogos - 1 Oktober 2025). Nikmati penginapan percuma satu malam apabila anda membeli meja kategori:

Silver & Gold - 1 bilik

Diamond & Platinum - 2 bilik. Silver & Gold - 1 bilik

Diamond & Platinum - 2 bilik

Tiket dan tempahan boleh dibuat bermula 8 Ogos ini di laman web rasmi www.nostalgianye.my (dikuasakan oleh TWIPORT Sdn Bhd)