1 min read
Viu Malaysia Tampilkan Abang Imam Minah Skuter, DramaKomedi Romantik

Penstriman video OTT terkemuka oleh PCCW dengan bangganya mengumumkan

tayangan perdana drama terbaharunya, Abang Imam Minah Skuter (Dear Crush, I Love

You), yang akan mula ditayangkan secara eksklusif di platform Viu bermula 24 Julai

2025.


Kerjasama Baharu Bersama Zeel Production

Abang Imam Minah Skuter merupakan kerjasama pertama antara Viu Malaysia dan

Zeel Production, sebuah penerbit yang terkenal dengan drama kekeluargaan dan

penuh komedi. Dihasilkan sepenuhnya di Perlis, siri ini menggabungkan elemen

komedi, romantik dan suasana kampung dalam 12 episod yang menyentuh hati dan

mencuit tawa, membawakan kisah tentang pertembungan nilai, identiti dan cinta dalam

komuniti kecil.

Barisan Pelakon Hebat & Jalan Cerita Menarik

Dibintangi oleh Zarif Ghazi dan Bella Dowanna (Viu Original Gadis Masa) sebagai dua

personaliti bertentangan yang disatukan oleh takdir, siri ini turut menampilkan barisan

pelakon dinamik termasuk Zulin Aziz, Bella Hanna, Sharifah Rose, Marc Sadique, Amir

Haikal, Khai Bahar, Usop Wilcha, Kazar Saisi, Acong Sweetchild dan Man Raja Lawak.

Mengenai Siri Ini

Zarul hanya ingin melarikan diri daripada perkahwinan yang diatur, tetapi takdir dan

beberapa kejadian lucu telah membawanya menjadi imam tidak sengaja di sebuah

kampung terpencil yang sarat dengan peraturan patriarki pelik. Dalam sekelip mata, dia

menjadi tumpuan utama, terutama sekali tiga jejaka tua yang berperwatakan menarik

yang digelar Kelab Jejaka Andartu dan termasuklah digilai oleh kaum wanita di sana.

Namun, ada beberapa orang yang langsung tidak tertarik dengan Zarul antaranya ialah

Mardhiah, seorang gadis penghantar yang berani dan tidak mengikut acuan tipikal

wanita, ketua kampung yang penuh muslihat, Bakri, dan anak lelakinya yang sombong,

Hamidon. Di antara cuba mengelak peminat yang terlalu obses, membongkar rahsia

gelap kampung dan jatuh hati pada gadis yang langsung tidak tertarik dengannya,

mampukah Zarul mengharungi peranannya sebagai imam kampung


Kisah Tempatan yang Membanggakan

Dengan campuran komedi, nilai kekeluargaan dan nostalgia kampung yang menyentuh

hati, Abang Imam Minah Skuter menjanjikan pengalaman tontonan yang menghiburkan

dan menyentuh emosi.

Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata, “Kami amat teruja dapat

bekerjasama dengan Zeel Production dalam menghasilkan drama ini. Kolaborasi ini

membuka ruang untuk kami membawakan kisah-kisah yang segar, autentik dan sangat

dekat dengan penonton Malaysia. Dengan sentuhan pengarah Helmi Yusof dan

kekuatan lakonan barisan pelakon, kami percaya siri ini dapat menghiburkan sekaligus

meninggalkan kesan mendalam kepada semua penonton.”

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, X, dan TikTok. Muat turun Viu melalui App

Store, Google Play, Huawei AppGallery, TV Pintar, atau layari www.viu.com.

- # -

Tentang Viu

Viu, sebuah perkhidmatan penstriman video over-the-top (OTT) pan-serantau yang

terkemuka, tersedia di seluruh Asia, Timur Tengah, dan Afrika Selatan.

Perkhidmatan Viu tersedia secara percuma dengan sokongan iklan dan juga

langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan. Selain daripada

produksi asal premium di bawah jenama Viu Original, Viu juga menampilkan siri TV,

filem, dan program gaya hidup dari penyedia kandungan terkemuka dalam bahasa

tempatan dan serantau dengan sarikata. Viu Scream Dates, tawaran fan-meet

multi-pasaran mereka, memperluaskan pengalaman Viu melangkaui skrin dengan

membawa bintang lebih dekat kepada peminat melalui acara langsung.

Pada Jun 2023, PCCW dan CANAL+ telah menjalinkan kerjasama dalam

membangunkan Viu, dengan membawa CANAL+ sebagai rakan strategik pelabur di

Viu.

Viu juga mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert

secara langsung yang popular di Hong Kong. Viu adalah sebahagian daripada PCCW

Media di bawah PCCW Limited, sebuah syarikat global yang beribu pejabat di Hong

Kong dengan kepentingan dalam telekomunikasi, media, penyelesaian IT,

pembangunan dan pelaburan hartanah, serta perniagaan lain. PCCW juga

mengendalikan ViuTV, perkhidmatan televisyen percuma di Hong Kong melalui HK

Television Entertainment Company Limited, dan mempunyai kepentingan dalam Pacific

Century Premium Developments Limited, serta pelaburan global lain