1 min read
YOUTUBER "FINGERSTYLE' KE PENYANYI SOLO
LANGKAH BARU ANWAR AMZAH MERIAHKAN INDUSTRI MUZIK MENERUSI IMAGINASI

Anwar Amzah, gitaris yang terkenal dengan kemahiran fingerstyle, kini mengembangkan langkah dalam dunia muzik menerusi single terbaharu - Imaginasi. Jejaka yang berusia 27 tahun yang berasal dari Kluang,

video muzik Imaginasi yang boleh mula ditonton di saluran Youtube Mask Team Official pada 3 Jun 2025 jam 9 malam.

Setelah aktif hampir 12 tahun menampilkan bakat di saluran Youtube bermain gitar fingerstyle, Anwar Amzah meneruskan kerjaya seninya menerusi pengurusan Mask Team sejak 3 tahun lalu. Anwar Amzah banyak mengiringi persembahan petikan gitar penyanyi tempatan seperti Hael Husaini, Marsha Milan, Khai Bahar, Syamel, Ernie Zakri, dan Nabila Razali. Selain itu, Anwar juga telah bekerjasama dengan bintang Indonesia seperti Dato' Sri Rossa, Mahalini, Govinda, Keisya Levronka, Bernadya dan Fabio Asher.

Sejak usia lima tahun, Anwar telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap muzik, terutamanya dalam seni bermain gitar. Kemahirannya dalam teknik fingerstyle mula mendapat perhatian umum selepas video akustiknya tular di media sosial, meraih lebih 3 juta tontonan.

Single terbarunya, "Imaginasi", adalah langkah pertama dalam perjalanan muzik sole beliau. Lagu ini menampilkan gabungan elemen fingerstyle yang menjadi identitinya, selain elemen muzik yang dekat dengan generasi muda.

"Saya ingin berkongsi sisi lain diri saya sehagai seorang penyanyi. Lagu 'Imaginasi' adalah ekspresi perasaan saya, dan saya berharap pendengar dapat merasai emosi yang ingin saya sampaikan," ujar Anwar.