2 min read
Bakal Ada Kan Konsert Atilia Haron & Salamiah Hassan – Satu Gelombang, Dua Jiwa, Sebuah Cinta Abadi, Anjuran Mujik Wand Production

Pada malam yang dijanjikan penuh magis dan kenangan manis, penyanyi terkenal Atilia Haron bakal berkongsi pentas utama dengan ibunya yang juga legenda seni suara tanah air, Salamiah Hassan, menerusi sebuah persembahan istimewa berjudul “Konsert Gelombang Bahagiaku” anjuran Mujik Wand Production yang akan berlangsung pada 16 Ogos 2025, jam 8:30 malam di Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).Lebih daripada sekadar konsert, Gelombang Bahagiaku ialah simfoni kasih antara dua wanita luar biasa “anak dan ibu” yang dipertemukan oleh darah, disatukan oleh cinta dan dilestarikan oleh muzik.Impian Anak Yang Menjadi NyataBagi Atilia, konsert ini bukan sekadar satu projek seni, tetapi merupakan penghormatan jiwa terhadap insan yang paling dikasihi — ibunya.“This is a dream come true for me! Sejak kecil, saya teringin menjadi seperti ibu saya. Peluang dapat berkongsi pentas yang hebat bersama beliau membuatkan saya rasa seperti gadis paling bertuah di dunia!” kongsi Atilia dengan penuh rasa syukur.Melihat perjalanan seni ibunya sejak kecil, kini Atilia berasa diberi peluang yang amat bermakna untuk menyatakan rasa cinta dan penghargaan secara langsung melalui pentas dan lagu, bersama wanita yang paling berjasa dalam hidupnya.Dua Generasi, Satu Nada Cinta“Konsert Gelombang Bahagiaku” bukan sekadar menyatukan dua vokal yang berbeza latar muziknya, tetapi turut menggabungkan dua dunia, dua generasi dan dua jiwa yang berpadu dalam satu nadi —


 muzik.“Saya sangat teruja. Walaupun cara nyanyian kami berbeza, saya percaya ia akan menjadi gabungan yang cukup istimewa buat para penonton. Ini adalah kali pertama saya dan Atilia berkongsi pentas berskala besar, dan saya sangat bersyukur, di atas kesempatan yang diberikan,” kata Salamiah Hassan yang meraikan ulang tahun ke-55 dalam dunia seni menerusi projek khas “Salamiah Hassan: #Legacy – Celebrating 55 Years in Music.”Duet Pertama Anak & Ibu – “Age Is Just A Number’Antara detik paling dinantikan ketika konsert nanti adalah persembahan duet pertama mereka “Age Is Just A Number”, sebuah lagu baharu yang menyampaikan mesej positif tentang kehidupan, kematangan dan keberanian menjadi diri sendiri tanpa mengira usia.“Lagu ini merupakan refleksi kami berdua — dua wanita berdikari yang melakukan perkara yang kami cintai dengan penuh kasih sayang dan semangat yang positif,” ujar Atilia.Bahagia Itu Bila Menyanyi BersamaDalam persiapan menjelang konsert, detik yang paling dinantikan oleh Atilia adalah saat mereka berdua menyanyi sambil bertentang mata di atas pentas.“Saya sangat menantikan detik


 magis apabila kami menyanyi bersama dan saling berpandangan di atas pentas. Saya yakin para penonton juga akan turut merasai keajaiban itu.”Salamiah pula mengharapkan agar penonton dapat merasai sendiri jalinan kasih ibu-anak yang terpancar bukan sahaja dari nyanyian, tetapi juga dari getaran jiwa dua insan yang saling menyayangi.“Saya bertuah kerana dapat berkongsi cinta terhadap muzik dengan anak sendiri. Kami berbeza, namun cinta kami terhadap seni menyatukan kami lebih dalam,” kata Salamiah penuh emosi.Susah & Senang, Kita Tetap SatuDalam menjayakan konsert ini, Atilia dan ibunya tidak lari daripada cabaran. Namun atas semangat dan kepercayaan bersama, mereka nekad meneruskan impian ini walaupun bermula dengan usaha sendiri dan bantuan sahabat-sahabat terdekat yang percaya pada misi mereka.“Sudah tentu ada cabarannya, tetapi sedikit demi sedikit, kami berjaya usahakannya akhirnya. This concert had to be done. Kami buat apa yang perlu sahaja dengan sokongan rakan-rakan. Syukur

 Alhamdulillah, ada yang percaya dan sudi membantu,” ujar Atilia jujur.Untuk Semua Yang Mencintai Muzik & Keluarga“Konsert Gelombang Bahagiaku” dijangka menjadi sebuah malam yang sarat dengan emosi, penuh kenangan indah dan persembahan yang menyentuh hati. Ia adalah hadiah buat mereka yang menghargai nilai keluarga, cinta yang tidak bersyarat dan muzik yang merentas zaman.“Saya harap penonton bersedia

 menyaksikan sesuatu yang berbeza tetapi dekat di hati. Nantikan persembahan muzik yang bagus, dan semoga nyanyian kami menyentuh jiwa semua. Terima kasih,” janji Atilia kepada para peminat.Maklumat TiketTiket-tiket ke “Konsert Gelombang Bahagiaku” mula dijual pada 13 Mei 2025 jam 10:00 pagi. Kategori tiket:     Platinum     – RM350Gold          – RM250Silver           – RM150Pembelian tiket boleh dilakukan di laman web ticket2u.com.my/event/43440.Sebarang maklumat lanjut mengenai konsert boleh diperolehi di saluran rasmi artis dan penganjur.