TAHTA HATIKU #PENDAMPINGMU DAN LAGU MENJAGA HATI
KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2025 - Penyanyi muda bersuara lunak, Fajar Noor, yang berjaya
mencuri perhatian jutaan peminat apabila meraih tempat kedua dalam program realiti nyanyian
Indonesian Idol musim ke-13 lalu, kini mengorak langkah ke Malaysia menerusi kunjungan
promosi pertamanya di Kuala Lumpur.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkenalkan single sulungnya berjudul Tahta Hatiku
#Pendampingmu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Yovie Widianto dan lirik oleh Arsy
Widianto.
Kehadiran Fajar selama tiga hari di ibu kota disambut hangat oleh media dan peminat tempatan.
Siri promosi yang berlangsung dari 3 hingga 5 Ogos ini menyaksikan pelbagai aktiviti padat
termasuk persembahan televisyen, temu bual media, sesi fotografi, serta makan malam eksklusif
bersama peminat terpilih.
Single Tahta Hatiku #Pendampingmu membawa mesej mendalam mengenai cinta yang ikhlas
yang mana memilih untuk terus mendampingi insan tercinta, meskipun tidak memiliki
sepenuhnya.
Fajar Noor berkata, dengan kekuatan lirik yang emosional menjadikan lagu ini menyentuh hati
pendengar segenap usia.
"Lagu ini mengenai mencintai dalam diam. Kadang, kita tak selalu dapat bersama orang yang
kita sayang, tapi kita tetap ada untuk mereka. Saya percaya ramai orang pernah melalui perasaan
itu,” katanya.
Menurutnya lagi, mesej yang disampaikan dalam lagu ini juga mencerminkan sisi peribadinya
yang tidak begitu gemar mengekspresikan cinta secara terbuka, sebaliknya melalui karya dan
nyanyian.
"Sebagai penyanyi baru, saya mahu karya saya berbicara lebih kuat daripada kata-kata saya
sendiri. Saya tak sangka sambutan lagu ini begitu positif di Indonesia, dan saya harap ia turut
mendapat tempat di hati rakyat Malaysia,” katanya.
Kunjungan promosi ini turut menjadi penanda awal langkah Fajar untuk meluaskan empayar
muziknya ke pasaran serantau, dengan sokongan penuh daripada Universal Music Malaysia dan
peminat yang semakin bertambah di platform media sosial dan penstriman digital. Saya ingin membina hubungan yang kuat dengan peminat di Malaysia. Ini baru permulaan. Saya
pasti akan kembali dengan lebih banyak lagu dan persembahan selepas ini,” katanya:
Berbekalkan bakat, personaliti rendah diri dan lagu yang menyentuh emosi, Fajar Noor kini
bersedia menawan hati peminat Malaysia dan seterusnya, pentas antarabangsa