1 min read
Dayang Nurfaizah Terima Anugerah Khas Boneo Meletop

Dayang Nurfaizah telah menerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP malam tadi sempena Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung Di  Stadium Tertutup Bandaraya Miri, Sarawak. Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam industri muzik tanah air serta kejayaannya mengharumkan nama Borneo di peringkat nasional . 



Dalam ucapannya, Dayang menyatakan rasa terharu dan bersyukur atas anugerah tersebut, sambil mengakui bahawa sokongan peminat menjadi kekuatan utama sepanjang perjalanan seninya . 


Selain menerima anugerah, Dayang turut memukau penonton dengan persembahan duet bersama Hael Husaini, menjadikan malam tersebut lebih bermakna bagi peminat yang hadir . 
Anugerah ini menandakan satu lagi pencapaian gemilang dalam kerjaya Dayang Nurfaizah yang telah bertapak hampir tiga dekad dalam industri muzik Malaysia.