1 min read
FAZURA DAN ADE GOVINDA BERGANDING DALAM LAGU MOTIVASI 'LUAR BIASA'
Single terbaru sarat inspirasi, dilancarkan serentak bersama video muzik pada 20 Jun 2025

Seorang seleberiti wanita yang juga usahawan Malaysia dan seorang

pemuzik dari Indonesia bergabung tenaga dalam single terbaharu berjudul Luar Biasa, sebuah karya yang

menyuntik semangat, harapan dan kekuatan buat sesiapa sahaja yang pernah jatuh dan kini mahu bangkit

semula.

Dicipta sepenuhnya oleh Ade Govinda, lagu ini mengangkat tema perjuangan hidup dan ketabahan hati,

dengan susunan muzik yang segar dan melodi yang mampu membangkitkan semangat.

Luar Biasa menampilkan kolaborasi istimewa Fazura, artis yang terkenal dengan aura positifnya dengan

Ade Govinda. Fazura, yang turut menulis bahagian lirik lagu ini bersama Veron Savanoah, menyatakan


keterujaannya dapat terlibat dalam projek yang sarat dengan nilai positif ini. “Saya sangat tersentuh

dengan lirik ‘Jatuh itu biasa, bangun itu luar biasa’. Ia benar-benar menggambarkan hakikat hidup kita

semua ada perjuangan sendiri.

“Tapi yang penting adalah semangat untuk bangkit demi diri sendiri dan orang tersayang. Dengan niat

yang baik dan keyakinan kepada Allah, kita mampu menghadapi dengan tenang,” ujar Fazura.

Ade Govinda turut berkata, “Saya cipta lagu ini untuk semua insan yang pernah jatuh, agar mereka tahu

bahawa bangkit itu lebih luar biasa daripada jatuh.

“Lagu ini datang daripada hati, dan saya mahu pendengar menjadikannya sebagai lagu pembakar

semangat dalam rutin harian mereka,” ujar Ade Govinda yang juga bertindak sebagai komposer,

penyusun, dan penerbit lagu ini.

Proses penulisan lagu Luar Biasa berjalan dengan lancar kerana mesej yang ingin disampaikan sangat jelas

dan dekat di hati. Menurut Ade, semuanya mengalir dengan mudah, dari lirik hingga susunan muzik

seolah-olah lagu ini ‘ingin lahir sendiri’.

Pengalaman merakam lagu dan video muzik bersama dianggap sangat menyenangkan bagi kedua-dua

pihak. Fazura memuji profesionalisme pasukan produksi dan keserasian yang terjalin sepanjang

kolaborasi. “Faz seorang yang sangat profesional dan mudah dibawa berbincang. Rakaman vokal dan

video muzik dilakukan dalam masa yang sangat singkat kerana beliau sangat fokus dan bersemangat,”

tambah Ade.

Bagi Fazura pula, pengalaman bekerjasama dengan pasukan produksi dari Indonesia ini memberikan

impak yang mendalam. Semua pihak berkongsi tenaga dan visi yang sama. Setiap orang membawaSIARAN MEDIA

kekuatan tersendiri dan apabila digabungkan, alhamdulillah kami berjaya menghasilkan satu karya yang

bukan sahaja indah dari segi muzik tetapi juga kuat dari segi mesej,” jelasnya.

Lagu Luar Biasa menjalani proses adunan oleh Jones Roma dan proses mastering oleh Stephan Santoso,

dua nama besar dalam industri muzik serantau. Hasil akhir lagu ini membawa bunyi moden yang kaya

emosi, sesuai didengar oleh semua lapisan umur.

Luar Biasa akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2025, dan boleh didengarkan di semua platform

penstriman digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox. Video muzik rasmi pula akan ditayangkan di

saluran YouTube rasmi Fazura pada hari yang sama, jam 10 malam.

Tayangan Muzik Video Eksklusif Bersama Fazura juga akan diadakan pada 20th Jun 2025, bertempat di

Aurum @ The Exchange TRX. Acara akan bermula pada jam 9 malam, di mana para tetamu berpeluang

menjadi yang pertama menyaksikan muzik video istimewa ini.