1 min read
Killa Driz timba ilmu berharga daripada Joe Flizzow dan SonaOne hasilkan lagu ‘Last
Time’

 Satu penghormatan tertinggi buat penyanyi rap muda, Killa Drizapabila dapat berkerjasama dengan Raja Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow serta SonaOne untuklagu terbaharunya berjudul Last Time.Killa Driz juga memiliki impian besar untuk berkongsi studio rakaman dengan dua nama ikonikitu. Dan impiannya menjadi realiti apabila projek terbabit akhirnya direalisasikan.Lebih menarik, lagu Last Time pun asalnya bukan dihasilkan untuknya sebelum dihadiahkan Joe.Menurut Killa Driz, Joe telah membimbingnya membantu beliau berkembang dan berjaya sebagaiseorang artis untuk menjadi versi terbaik dirinya dalam bidang


 muzik.Semestinya dia menyambar peluang itu dengan hati berbunga-bunga kerana tahu hasilsentuhannya pasti padu. Setiap proses kreativiti menyiapkan lagu itu benar-benar memberinyanikmat tidak terhingga.“Proses penghasilannya cukup organik. Saya masih ingat SonaOne menelefon saya danmenyuruh untuk datang ke pejabat Joe. “Apabila saya sampai, ‘beat’ lagu itu sudah pundisiapkan. Joe bertanya sama ada saya sudah siap tulis liriknya atau belum. Kemudian kami tulisbersama dan saya

 sempurnakan bahagian rapnya.“Asalnya lagu ini bukan saya punya dan tiada dalam perancangan sendiri pun untukmenyanyikannya. Kemudian saya teringat suatu hari itu, Joe cakap mahu hadiahkan saya sebuahlagu,” katanya.Artis naungan Def Jam SEA (Asia Tenggara) ini mengakui prosesnya amat bermakna daripelbagai aspek untuknya secara peribadi. Bahkan, dapat menimba ilmu daripada dua sifunya itutambah semarakkan motivasi dirinya.“Bekerja untuk lagu ini sangat membuka minda saya. Saya berhasil menimba banyak ilmudaripada Joe dan SonaOne. Saksikan sendiri cara mereka bekerja.“Terdapat banyak perubahan baik besar atau kecil yang dilakukan. Namun saya

 bersyukurbahagian vokal yang awal-awal dibuat kekal digunakan juga kerana lebih jujur. Kami juga adamenambah lapan bar,” katanya.Killa Driz berkongsi Last Time adalah sebuah lagu berkisar perlakuan membandingkan masalalu dan sekarang. Jalan ceritanya melambang perihal mendewasa dan menjadi diri-sendirilah.


Dalam pada itu, SonaOne menjelaskan konsep klasik dan mengetengahkan fesyen disuntik untukmuzik video (MV) lagu ini. Ringkas namun penuh kelas, dia percaya konsep itu sempurnakan lagiLast Time."Konsep asalnya adalah berdasarkan fesyen merentasi zaman, bermula dari masa lalu.Kemudian saya fikir menarik untuk menampilkan dan menukar pakaian yang berbeza daripelbagai era. Kami juga mengekalkan konsep dengan visual yang berlatar belakangkan dindingputih. Kami mengekalkan elemen klasik, sama seperti dahulu ketika TV hanya hitam dan putih,"jelasnya.Selepas kejayaan lagu terdahulunya termasuk RAP$TAR dan Cuci Mata, Killa Driz kianmenambat hati pencinta muzik tempatan dan nusantara. Dia antara pelapis muda yang tegarmemartabatkan lagi genre terbabit.Dia juga sudah ada perancangan besar akan datang. Misinya tidak lain untuk terus mengukuhkannama baik pada karyanya serta kehadirannya dalam industri muzik tempatan serta antarabangsa.“Saya bakal

 melancarkan album pertama pada tahun ini di bawah Def Jam SEA dan juga naikkanlagi penjenamaan saya,” katanya.Killa Driz menulis lirik Last Time bersama-sama Joe dan SonaOne. SonaOne juga memikultanggungjawab besar sebagai komposer, penyusun, dan produser untuk keseluruhan lagu itu."Last Time" kini boleh didapati di semua platform digital bermula 28 Februari 2025 dan videomuziknya juga boleh ditonton di YouTube rasmi Killa Driz