1 min read
Komik Eksklusif ‘Under 18 x Klepet’ Perluas Naratif Filem Tempatan

Penerbit filem Klepet, Aeril Zafrel yang mewakili Respected Citizen berkata, kolaborasi ini dijangka mampu menambah tarikan terhadap filem yang bakal ditayangkan tahun ini.


“Under 18 x Klepet mempersembahkan naratif eksklusif yang lebih dramatik dan matang, selain menampilkan aksi hebat watak popular seperti Fox dan Jim

“Usaha ini membuktikan bahawa gabungan antara dua cabang seni filem dan komik berpotensi untuk mencapai khalayak yang lebih meluas,” katanya.

Turut hadir semasa pelancaran ialah Chris Yew; Zint Lu selaku pelukis komik; pengarah filem Klepet, Indra Putra serta pelakon utama Nadhir Nasar dan Aedy Ashraf.

Set edisi terhad ini dijual pada harga promosi RM99 semasa PBAKL, berbanding harga asal RM120. Ia merangkumi komik eksklusif, hoodie, pelekat koleksi dan lanyard istimewa.

Filem Klepet yang diarahkan Indra Putra (Sanji) mengisahkan tiga sahabat karib Pali, Jani dan Wadi yang sering menghabiskan masa dalam komuniti jalanan. 

Kehidupan mereka berubah secara drastik selepas bertemu dengan seorang wanita Ukraine bernama Lola yang sedang melarikan diri daripada sindiket penipuan antarabangsa.

Pertemuan itu membawa mereka dalam satu pengembaraan yang sarat dengan aksi, humor dan konspirasi tak terjangka, menggambarkan pelbagai sisi kehidupan masyarakat masa kini.