Kugiran retro moden kesayangan ramai, MASDO, meraikan satu dekad perjalanan seni mereka dalam industri muzik dengan cara yang cukup unik dan mengejutkan! Bertempat di Saloma, Kuala Lumpur, majlis bertajuk “Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap” berlangsung dengan meriah pada 30 April 2025 jam 9 malam, menghimpunkan lebih 200 peminat setia serta rakan-rakan media.Petunjuk Misteri Di InstagramBeberapa hari sebelum acara berlangsung, para peminat mula membuat spekulasi selepas ahli kumpulan, Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri, memuat naik
hantaran berbentuk kriptik di Instagram mereka, seakan memberi bayangan akan berlakunya satu pengumuman besar. Teka-teki ini akhirnya terjawab pada malam perjumpaan rahsia tersebut.Mini Showcase Penuh NostalgiaSebagai penghargaan buat para peminat, MASDO menghadiahkan persembahan eksklusif secara langsung menerusi Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap yang mengimbau kenangan lagu-lagu hits mereka. Antara lagu yang dipersembahkan termasuk “Dinda”, “Lautan Asmara”, “Janji Manis”, “Bunga” dan “Berchanda di Malam Indah”, yang menghangatkan suasana dan membuat para hadirin bernyanyi
bersama.Pengumuman Konsert ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’Detik kemuncak malam yang dinanti-nantikan tiba apabila MASDO merungkai poster rasmi konsert ulang tahun ke-10 mereka dengan penuh simbolik, menarik turun kain yang menutupi bangunan MATIC diiringi dengan letupan bunga api. Acara yang dinantikan, ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ dianjurkan oleh Hitman Solutions itu bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 di Idea Live Arena KL @ 3 Damansara. Konsert ini bakal berlangsung di lokasi konsert terbaru di Malaysia, Idea Live Arena KL @ 3 Damansara dan MASDO merupakan artis pertama yang mengumumkan konsertnya di lokasi tersebut. Dengan kapasiti yang boleh
memuatkan 7,000 pax, MASDO boleh menyambut ulang tahun ke-10 mereka bersama para peminat dengan suasana yang lebih intim.Peminat boleh pra-daftar mulai 30 April hingga 1 Mei untuk dapatkan harga Rockzone Early Bird - RM128. Sekiranya terlepas, peminat masih boleh membeli tiket semasa Public Sale dengan harga Rockzone (Free Standing) - RM148 dan Cat 1 (Free Seating) - RM198.
Tentang Penganjur: Hitman SolutionsSidang media dan ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ ini dibawakan oleh Hitman Solutions, sebuah penganjur berpengalaman lebih 15 tahun dalam penganjuran dan pemasaran konsert tempatan serta antarabangsa. Dengan kepakaran dalam merealisasikan acara berskala besar, konsert ke-10 MASDO dijangka menyajikan deretan lagu hits bersama produksi bertaraf tinggi yang menjanjikan pengalaman luar biasa buat para penonton.
Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Group, turut berkongsi mengenai konsert yang bakal berlangsung ini, "Sebagai rakyat Malaysia yang turut bergiat dalam dunia hiburan dan muzik, kami sentiasa mencari peluang untuk menyokong artis tempatan. Dengan pengalaman, bakat, dan legasi MASDO yang tidak pernah pudar sepanjang satu dekad ini, ulang tahun ke-10 mereka perlu diraikan dengan penuh meriah. Bagi kami, pengumuman besar ini perlu dimulakan dengan sesuatu yang benar-benar istimewa dan penuh kejutan, supaya perjalanan menuju hari konsert nanti
menjadi lebih bermakna. Dengan sokongan padu daripada peminat setia mereka, kami yakin konsert ini bakal meraih sambutan luar biasa, bukan sahaja daripada peminat lama tetapi juga yang baharu."Rakan Rasmi ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’Konsert yang penuh gemilang ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan daripada penganjur, Hitman Solutions, dengan kerjasama Warner Music serta rakan-rakan rasmi iaitu, Kugiran Masdo Empire (Pengurusan Artis), Saloma Kuala Lumpur (Venue Rasmi), ERA, Sinar & Gegar (Radio Rasmi), dan Astro Gempak (Media Rasmi).Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket yang akan diumumkan tidak lama lagi, sila ikuti akaun rasmi MASDO (@kugiranmasdo) dan Hitman Solutions (@hitmansolutions) di media sosial, atau hubungi kami di +6012-265 5783 atau concerts@hitman.group.